MAJIKAN-MAJIKAN PALING IDEAL DI DUNIA TAHUN 2016


STOCKHOLM: Universum telah menjalankan Kaji Selidik Global 2016 untuk memahami aspirasi kerjaya dan pilihan majikan idaman dalam kalangan pelajar. Seramai 267,000 individu milenia dari jurusan perniagaan dan kejuruteraan/IT dari 12 negara ekonomi terbesar di dunia telah menyertai kaji selidik tersebut.

Pekerjaan/keseimbangan kehidupan merupakan matlamat utama dalam kerjaya

Berdasarkan respons yang diperolehi, pelajar-pelajar jurusan perniagaan dan kejuruteraan/IT didapati mementingkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi. Kecuali India and Rusia, semua negara yang terlibat berpendapat faktor ini merupakan matlamat yang paling penting dalam memilih majikan dan kerjaya. Bagi pelajar India , kerjaya antarabangsa merupakan matlamat terpenting. Manakala, matlamat terpenting untuk pelajar Rusia ialah kejaminan kerjaya yang stabil.

Negara-negara bertutur bahasa Inggeris berkongsi persamaan yang unik

Lokalisasi EVP (Employer Value Proposition) kurang berperanan untuk kebanyakan negara yang bertutur bahasa Inggeris, termasuk Australia , Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Berdasarkan keputusan, perbezaan dalam rantau Asia Pasifik menunjukkan tiada garis panduan yang jelas berhubung dengan faktor-faktor yang menarik untuk pelajar. Manakala, negara Japan menunjukkan keputusan yang amat ketara, berbanding dengan negara serantau yang lain.

Google kekal menduduki tempat pertama bagi pelajar jurusan perniagaan dan kejuruteraan/IT dan Apple berkelihatan memberi saingan sengit

Google kekal sebagai majikan ideal pertama untuk jurusan kejuruteraan/IT, diikuti oleh Microsoft, Apple, BMW Group dan IBM yang menggantikan GE di tempat kelima. Manakala, untuk jurusan perniagaan, Google terus meraih keputusan cemerlang sebagai majikan ideal pertama. Dari tempat ketujuh, Apple kini menduduki tempat kedua, diikuti EY dan Goldman Sachs. PwC telah jatuh tiga kedudukan dan berada di tempat kelima sekarang.

Kedudukan beberapa bank telah jatuh dan didapati bersaing sengit dengan syarikat-syarikat teknologi untuk pelajar berkejurusan perniagaan. Bagi jurusan kejuruteraan/IT, syarikat-syarikat perkhidmatan professional dan kewangan mendapat kedudukan yang kian baik. 

Minat terhadap sektor automotif dalam kalangan pelajar kekal stabil. Manakala, pelajar kini kurang berminat syarikat-syarikat barangan konsumer dengan beberapa pengecualian seperti jenama gaya hidup yang berprestasi lebih baik daripada syarikat lain dari sektor yang sama. Buat pertama kali, Nike memasuki senarai majikan ideal tersebut dan menduduki tempat ke-16 untuk jurusan perniagaan. Ekoran kejatuhan harga minyak dan gas, minat terhadap sektor tersebut jatuh. Namun demikian, syarikat-syarikat tenaga hijau didapati semakin popular bagi kedua-dua kumpulan pelajar tersebut.

Universum ialah peneraju global dalam penjenamaan majikan yang menyediakan penyelesaian hujung ke hujung untuk meningkatkan kemampuan sesebuah organisasi dalam menarik, merekrut dan mengekalkan mereka yang berbakat besar.