KITA, RAKYAT ADALAH 'RIZAB' TERAKHIR MALAYSIA


Dewasa ini, kita melihat perpecahan yang begitu besar telah berlaku di kalangan Rakyat.  Isu agama, bangsa dan falsafah politik terus-terusan dimainkan, sehingga Rakyat telah berpecah-belah angkara puak-puak tertentu. 

Fitnah dan propaganda perang saraf gerak saraf yang melampau didalangi oleh ramai pemimpin politik tertentu dengan dendam-cemburu yang tiada penghujungnya telah menyebabkan rakyat berpecah-belah dan tidak lagi berpadu. 

Yang paling Rakyat mual dan takut ialah melularnya amalan kelangsungan budaya politik tidak sihat BN-UMNO terutamanya di dalam pentas-pentas politik baru.

Sesungguhnya, Rakyat adalah penentu dalam sesuatu perjuangan. Setelah negara ini telah berhadapan krisis ekonomi, hutang negara kini mencecah RM634.0 billion dan jumlah rizab tunai negara kini hanya tinggal RM391.0 billion, membuatkan Malaysia hanya mampu membayar 8.1 bulan import dan 1.2 kali pinjaman luar jangka pendek. Terimalah hakikat bahawa Malaysia kini hanya tinggal satu rizab sahaja iaitu 'Rizab Rakyat'. 'Rizab Rakyat' ini sajalah yang mampu menyelamatkan negara.

Kami sebagai salah satu daripada banyak NGO lain yang berjuang bersama sejak Tun Dr Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri dan sebelum kewujudan PPBM lagi, akan terus-terusan menyokong penuh usaha kepimpinan tertinggi PPBM, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Mukhriz Mahathir untuk berunding dengan Pakatan Harapan, PAS serta parti politik pembangkang yang lain dalam usaha mengembalikan perpaduan dan keharmonian rakyat yang telah hilang demi kebaikan bersama.

"ELAKKAN PERBEZAAN, CARI PERSAMAAN, BANYAKKAN SENYUMAN"

Berazam dan Kepada Allah swt kita berserah.

UNIT MEDIA
PERTUBUHAN PROFESIONAL MELAYU & PEWARIS BANGSA (PROWARIS) & PERGERAKAN PROFESIONAL BERUSAHA SATUKAN RAKYAT (PROBERSATU)

6 Okt 2016 | 5 Muharram 1438H

0 comments: