PEMILIK NASI LEMAK ANAK DARA DIFITNAH BEROGEL


KUALA LUMPUR, 6 Okt ― Kesabaran penjual Nasi Lemak Anak Dara teruji lagi apabila menerima kiriman gambar separuh bogel melalui aplikasi mesej WhatsApp.

Siti Hajjar Ahmad menafikan beliau meniarap di sofa seperti dalam foto wanita yang ditunjukkan kepadanya dan menyifatkan tuduhan itu suatu fitnah untuk menjatuhkan perniagaannya.

“Tolonglah saya tidak pernah berpakaian macam itu dan tidak pernah ambil gambar macam itu. Emak dan arwah abah saya ajar saya dengan elok.  

“Saya minta tolong sangat, janganlah sebar benda yang salah. Hendak jatuhkan seseorang itu senang kalau guna dengan cara teknik kotor,” katanya di Facebook miliknya petang ini.

Hajjar, 24, membuka kembali akaun Facebook dua hari lalu selepas akaun lamanya yang memiliki lebih 4,500 rakan dan 29,000 pengikut disekat.

Graduan kejuruteraan elektronik perubatan sebelum ini disaman RM300 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam kerana tidak memiliki lesen perniagaan. Sumber

0 comments: