VIDEO WSJ MENDEDAHKAN LAPORAN SKANDAL 1MDB NAJIB RAZAK & BARACK OBAMA


YB DS Mukhriz Mahathir pada 16-18 Ogos lepas, telah membentangkan isu 1MDB-DuSable di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mengutuk penjualan tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil kepunyaan Rakyat dan Kerajaan Kedah di Kuala Ketil kepada Perkumpulan Edra Solar 1MDB yang kini dimiliki oleh kuasa asing, China General Nuclear (CGN). 

Kenyataan DS Mukhriz itu telah membuktikan bahawa Najib Razak sendiri telah bersekongkol dengan DuSable, sebuah firma permodalan tenaga yang diketuai oleh Frank White Jr yang menguruskan White House Visit serta projek solar Kuala Ketil, Kedah.

Transaksi ini ada kaitan secara langsung dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Ini sekali gus mengesahkan bahawa kes DOJ ke atas Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low dan Malaysian Official 1 (MO1) adalah kes sivil yang mempunyai jejak bukti jelas wujudnya salahlaku jenayah rasuah para pemimpin dan jenayah penggubahan wang haram. 

Ia juga menempelak tuduhan wujudnya campurtangan kuasa asing bagi menjatuhkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti didakwa oleh para pemimpin UMNO kerana President Amerika Syarikat, Barack Obama itu sendiri di beri 'carpet merah' untuk bersekongkol dengan Najib Razak.

Laporan Oleh: Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

1 comments:

Unknown said...

Malaysia is not interested in the truth, not even to discount untruths involving Najib. The "scandals" will thus remain as "conjectures", and truth to be kept in limbo.
If only truth be told, and then, maybe, we can doubtlessly carry our heads high again.