WANITA UMNO KESAL GELAGAT AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG TIDAK HORMAT DEWAN RAKYAT


KUALA LUMPUR: Wanita UMNO berasa amat kecewa dan kesal dengan tindakan melulu sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan Dewan sebelum selesai perbentangan Bajet 2017 pada hari ini. Tindakan mereka menolak bajet yang belum pun dibahaskan bukan sahaja menunjukkan mereka kurang pengetahuan mengenai proses di Parlimen malah tidak menghormati perjalanan sidang Dewan Rakyat.

Terbukti  Ahli-Ahli Parlimen yang keluar daripada Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 hari ini tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai tujuan utama mereka dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri hari ini merupakan satu bajet yang unggul dan menyeluruh dalam usaha mengimbangi pembangunan negara dan mengembangkan ekonomi Malaysia. Pada hemat saya, bajet ini benar-benar menggambarkan komitmen berterusan Kerajaan Barisan Nasional dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

0 comments: