Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor dicabar untuk mengemukakan bukti kukuh tentang kenyataannya mengenai perjalanan mesyuarat pemuda dan puteri bahagian sepang yang didakwanya sebagai tidak sah.
Beberapa kenyataan beliau dalam surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh beliau pada 18hb oktober 2013 telah menimbulkan beberapa persoalan yang meragukan.
Mesyuarat pemuda dan puteri umno bahagian sepang telah berlangsung serentak pada tarikh 12hb oktober 2013.
Selang 6 hari kemudiannya, noh omar telah mengeluarkan surat menggunakan surat rasmi dari ibu pejabat umno selangor yang mendakwa perjalanan mesyuarat 2 sayap parti tersebut adalah tidak sah berdasarkan dakwaan bahawasanya ianya telah dijalankan secara tidak telus dan gagal mengikut standard and procedure ( SOP) semasa persidangan.

Kenyataan noh omar tidak disokong dengan fakta , bahan bukti dan dilihat tiada kekuatan hujahan dalam membuktikan dakwaannya.
Tambah menyusut dan mengharu birukan lagi keadaan, apabila noh omar secara terbuka menggunakan nama 'Kuasa yang diturunkan oleh Majlis Tertinggi' untuk melakukan siri pembatalan mesyuarat 2 sayap berkenaan.
Mengikut sumber, noh omar sekadar menggunakan nama Majlis Tertinggi tanpa mengepilkan surat dan arahan rasmi sepertimana yang didakwanya.
Tindakan ini dilihat sebagai campurtangan dan ianya melihatkan ciri-ciri dakwaan yang kurang ampuh dan tiada substance yang mengukuhkan.
Perkara terakhir yang memperlihatkan kegelojohan tindakan noh omar ini bila dia tersalah menggunakan FASAL 14.4.3 perlembagaan umno.
Dalam surat di atas, noh omar telah menyebut akan perjalanan mesyuarat 2 sayap ini tidak sah berdasarkan fakta FASAL 14.4.3 yang menurut noh omar ' sepuluh wakil mesyuarat dari pergerakan pemuda adalah hilang haknya dan tidak dibenarkan mewakili pemuda dalam mesyuarat bahagian'.
Sedangkan mengikut buku perlembagaan , FASAL 14.4.3 sebenarnya di tuju kepada ketua cawangan yang menjadi ajk bahagian melantik "gantinya" seperti disebut 'Ketua cawangan yang cawangannya telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan. Ketua cawangan yang menjadi AJK bahagian berhak melantik gantinya menjadi Pengerusi Tetap,Timbalan pengerusi tetap atau ahli jawatankuasa cawangan'.
Jadi di mana kaitannya FASAL 14.4.3 dengan pembatalan (hilang hak) sepuluh perwakilan pemuda ke mesyuarat perwakilan umno bahagian?
Jadi di mana kaitannya FASAL 14.4.3 dengan pembatalan (hilang hak) sepuluh perwakilan pemuda ke mesyuarat perwakilan umno bahagian?
Dikabarkan mengikut sumber, salah laku surat rasmi ini telah di bawa ke pihak jawatankuasa umno pusat dan sekiranya perkara ini menemui kebenaran, berkemungkinan keseluruhan mesyuarat bahagian di sepang akan terbatal dan dilakukan pengundian semula.