Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Dato Seri Noh Omar masih gagal untuk menafikan dakwaan mengenai mandat yang didakwanya untuk membatalkan mesyuarat pemuda dan puteri sepang itu adalah datang dari keputusan Majlis Tertinggi Umno.
Surat yang telah beliau kemukakan sebagai bahan asas pembatalan mesyuarat, hingga kini masih gagal dilampirkan akan kehadiran 'Surat Rasmi Keputusan Majlis Tertinggi' sepertimana yang beliau dakwa.
Berdasarkan maklumat sumber, beberapa individu tertinggi di Umno Pusat juga tidak pernah mengasaskan akan dakwaan noh omar itu adalah 'benar'.
Tindakan gelojoh dan kelam kabut noh omar ini kata maklumat sumber, lebih mirip kepada kelakukan dan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang pernah membatalkan penyertaan wakil untuk mengundi dalam CEC yang pertama.
Tindakan noh omar mengikut pandangan beberapa pemimpin umno pusat boleh menyebabkan seluruh keputusan mesyuarat umno di bahagian sepang terbatal secara automatik.