AMPANG SELANGOR. Umno bahagian Ampang semalam membuat satu laporan Polis berhubung satu perhimpunan haram anjuran pakatan parti pembangkang untuk menggulingkan kerajaan di Dataran Merdeka pada malam tahun 31 Disember ini.
Turut bersama-sama membuat laporan Polis ialah, Dato Ismail Kijo, Ketua Umno Bahagian Ampang, ketua pemuda Umno Bahagian Ampang, Muhammad Nizam Shith dan wakil-wakil sayap Wanita dan Puteri Umno Bahagian Ampang.
Laporan dibuat bertujuan meminta pihak Polis mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan yang dilihat dengan sengaja untuk mencetuskan ketidak stabilan, kekecohan dan keganasan pada malam tahun baru nanti dan penganjur perhimpunan itu juga berniat untuk menghasut orang awam yang datang ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baru supaya turut bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan.
.jpg)
0 comments: