Red Bean Army Terima Bayaran Lumayan

PETALING JAYA, 1 April. Presiden Pertubuhan Minda Sosial & Prihatin, Ramesh Rao, dalam satu sidang media pagi tadi, mendedahkan bahawa, tentera siber milik DAP menerima bayaran lumayan untuk kerja-kerja provokasi memburukan kerajaan Barisan Nasional.

Antara ahli red bean army ini ialah terdiri dari pegawai bank, pemandu teksi peniaga kedai runcit dan makanan, doktor perubatan, pensyarah di kolej-kolej swasta dan mekanik di bengkel motor dan kereta.

Mereka mensasarkan golongan pekerja, suri rumah, golongan menengah yang dirasakan akan termakan dengan provokasi dan fitnah yang mereka lemparkan kepada kerajaan, antara topik yang selalu mereka gunakan ialah, kenaikan harga barang, kos sara hidup yang terlampau tinggi dan tiada peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat di sektor awam bagi bukan melayu.

Ikuti rakaman sidang media beliau di themalaysianewsonline/dailymotion