DYANA UMPAN DAP PERBODOHKAN MELAYU.

DAP menonjolkan Dyana Sofya sebagai orang Melayu DAP yang juga setiausaha politik Kit Siang bagi mengumpan gula-gula murahnya. Saya ingin mengemukakan banyak soalan untuk kita jawab secara rasional. Kenapa agaknya mereka menggunakan strategi muslihat dan bankrap begitu? Adakah orang Islam khususnya  orang Melayu akan makan umpan gula-gula murah itu? 
 Adakah pemimpin Islam Liberal akan mengeluarkan hujah mensyariekan tindakan Kit Siang dan DAP itu, lalu menyuruh pengikutnya menerima dan menyokongnya?  Akan berulang lagikah pengikut-pengikut mereka seperti biasa ramainya malas berfikir dan  terus    mengangguk apa saja kata pemimpin mereka?.
Adakah anda mudah lupa bahawa DAP adalah parti bukan Islam dan menentang perlaksanaan Islam? Bukankah parti itu memperjuangkan idealogi Sosialis, Sekular yang sama sekali tidak sehaluan dan tidak boleh digaul dengan Islam. Tahukah anda parti itu juga mempunyai hubungan dengan Socialist  International (SI) yang memperjuangkan Sosialis di seluruh dunia?  Tahukah bahawa fahaman Sosialis, juga seperti  Komunis, Sekular, Humanism, Liberal, dan Demokrasi  dicipta  dan diasaskan oleh orang Yahudi.? 
Bukankah pencipta semua kefahaman yang dikatakan penegak keadilan dan mesra rakyat itu  juga sama seperi pemimpin yahudi yang menzalimi dan menindas rakyat di Palestin? Lupakah anda perjuangan besar DAP adalah menyamaratakan sekaligus menghapus keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam? Percayakah anda  DAP akan menjaga Islam dan kaum Islam?
Tindakan meletakkan Dyana adalah untuk mengkaburi mata orang Melayu. Ia adalah umpan  gula-gula bagi mereka yang bersifat anak-anak yang tidak matang untuk menilai gula-gula itu lalu memakannya. Orang yang cerdik lagi matang tidak tertipu dengan ‘small picure’tetapi tetap faham dan waras terhadap  ‘big Picture’ perjuangan dan permainan-permainan DAP itu. 
Dyana adalah objek muslihat  DAP dan bagi saya ia mahu menghina dan memperpodoh   orang Melayu dengan tektik terbaru mereka kali ini. Hatta, bila Kit Siang memilih seorang Melayu,bernama Dyana. Benarkah  itu bermakna Dyana adalah yang  terbaik untuk menjadi setiausaha Kit Siang kerana dia berjaya mengalahkan berjuta-juta calon orang Cina untuk mengisi jawatan tersebut?.  
Saya ulangi, umpan gula-gula murah yang akan hanya dimakan oleh orang kurang cerdik. Kit Siang cuba memperbodoh orang Melayu dan orang Islam untuk mempercayai mereka. Mereka cuba menggunakan Dyana untuk mengambarkan DAP mesra Melayu dan orang Melayu tidak perlu curiga terhadap  DAP dan boleh dibuat kawan politik.  Guna Dyana adalah politik muslihat dan bankarap DAP terkini terhadap orang Melayu. Dalam pada itu, akan ada orang Melayu yang merasa perlu  sokong sahaja apa kata pemimpin parti mereka. Hujah mereka seperti biasa adalah sokong DAP itu lebih baik kerana adil dan tidak  rasuah dan pemimpinnya lebih  sifat ‘Islamik dari pemimpin UMNO’ . 
Saya tidak berminat dengan PRK Teluk Intan kerana siapa-siapa menang pun  tidak memberi apa-apa makna kepada orang Melayu dan Islam. Yang saya ambil peduli adalah untuk mengingatkan orang Islam khususnya orang Melayu supaya jangan terperangkap dan termakan umpan murahan DAP.  Yang saya nak kita sedar adalah penonjolan Dyana adalah taktik DAP mengumpan dan  berfikir Melayu boleh diperbodohkan dengan sandiwara mesra Melayunya di kala mereka  aysik  saling berbalah dan  jatuh menjatuhkan.
Bagaimana Dyana boleh jadi alat sampai begitu akan dibincangkan kemudian. Siapa dan kaum mana lebih rasuah dan membudayakan rasuah juga akan dibincangkan kelak. Fahami pejuangan DAP dan jangan tertipu dengan DAP! Kita juga tunggu untuk lihat bagaimana portal-portal dan media pro pembangkang untuk’ spin’ tulisan saya ini.

Abdul Rahman Mat Dali
Naib Presiden II ISMA

0 comments: