Penyelewengan Lim Kit Siang, Laporan Polis Telah Dibuat

KUALA LUMPUR Mei 15. Satu laporan polis terhadap salah laku dan penyelewengan Lim Kit Siang telah di buat di Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi tadi.

Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dan Tony Tan bekas pembantu khas Teresa Kok , mendedahkan yang Lim Kit Siang tidak pernah mendedahkan jumlah sebenar kutipan Dana Pengajian Tinggi yang di asaskan pada tahun 1974 yang mana pada ketika itu, setiap ahli parlimen di minta untuk menyumbang kepada tabung itu.

Hasil kutipan untuk Tabung Pengajian Tinggi itu di anggarkan RM 2000,000, tetapi yang menjadi persoalan sekarang ialah, adakah Tabung Pengajian Tinggi yang cadangkan oleh Lim Kit Siang itu benar-benar wujud? 

Menurut Tony Tan, dalam satu kes pada tahun 1990, seorang pelajar perempuan yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM telah memohon bantuan kewangan dari tabung itu tetapi malangnya permohonan pelajar yang di kenali sebagai Lena itu tidak dilayan oleh kepimpinan.

Dua tahun kemudian, pelajar yang sama, ketika itu sedang menuntut di Singapura dengan menggunakan wang biasiswa 'Asean Scholarship' sekali lagi memohon bantuan kewangan dari DAP, sekali lagi permohonannya tidak di layan.

Selain dari isu lesapnya dana Tabung Pengajian Tinggi yang di asaskan pada tahun 1974, Lim Kit Sing juga perlu menjelaskan kemana hilangnya wang Tabung Pengajian Tinggi Untuk Pelajar Miskin yang di asaskan pada tahun Oktober 1986 yang di anggarkan sebanyak RM 300,000 berjaya di kutip.

Termasuk beberapa isu lain seperti kemana perginya Tabung Bukit Cina yang di lancarkan oleh Lim Kit Siang di era 80an dulu dan isu saman beliau dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa Esso, adakah benar syarikat minyak antarabangsa itu menyelesaikan tuntutan saman itu di luar mahkamah?   

0 comments: