SAMM Cari Pasal Dengan Petugas Media

KUALA LUMPUR Mei 1. Sejurus selepas Perhimpunan GST berakhir, berlaku pergaduhan‎ yang melibatkan antara kumpulan yang di percayai dari solidariti anak muda malaysia (SAMM) dan petugas media.

Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 30 orang itu berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Anti Fascist”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Bagaimanapun pergaduhan mula berlaku apabila kumpulan tersebut mula mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak menyerang petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan SAMM itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat.