MANSUH AKTA HASUTAN PERLU DIKAJI SEMULA.

 

Syed Ali desak kerajaan kaji semula cadangan hapuskan Akta Hasutan

KERAJAAN disarankan mengkaji balik cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Katanya, pemansuhan akta tersebut dikhuatiri akan memberi implikasi buruk terhadap kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negaran ini.

"Pemansuhan akta tersebut tidak memberi kesan positif kepada kaharmonian rakyat," tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, akan memberi ruang kepada pihak tertentu melakukan hasutan, cercaan dan provokasi terhadap kerajaan.

"Pihak tertentu juga bebas menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih menerusi amalan demokrasi," tegasnya.

Beliau berpendapat, Akta Hasutan perlu dikekalkan dengan melakukan proses penambahbaikan sejajar dengan situasi masa kini.

Tegas beliau, Akta Hasutan perlu digunapakai sewajarnya bagi menangani apa jua isu membabitkan hasutan secara tegas dan tidak bertolak ansur.

"Saya khuatir selepas ini ada pihak menghasut supaya memusuhi institusi raja-raja Melayu, orang Melayu dan umat Islam di negara ini," tegasnya.

Akibatnya kata beliau, Malaysia mungkin boleh  berada dalam keadaan huruhara.

Katanya, pertelingkahan antara kaum kemungkinan akan turut berlaku akibat hasutan pihak berkepentingan.

Beliau berkata, pemansuhan akta itu akan memberi kebebasan  untuk rakyat melakukan hasutan termasuk berbauh fitnah.

Sebelum ini Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dihapuskan oleh kerajaan.

Akta Hasutan akan mansuhkan pula  dan digantikan dengan Akta Harmoni dan Akta Uniti.

Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pemansuhan akta tersebut akan menjadikan rakyat negara ini bebas menghasut.

Dr Mahathir dalam  tulisan terbarunya menerui chedet c.c hari ini (Isnin) melahirkan kebimbangan jika Akta Hasutan dihapuskan.

Kata beliau, rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembangaan Malaysia.

Tidaklah mustahil kata Dr. Mahathir,  mereka akan menghasut supaya institusi raja-raja juga dihapuskan.

"Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan," ujarnya lagi.

Dr. Mahathir seterusnya berkata, tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

Menurut Syed Ali lagi, pihak pembangkang sememangnya amat berharap Akta Hasutan dimansuhkan.

"Mereka bebas menghasut dan lakukan provokasi  sepertimana sering dilakukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

Malah kata beliau, pembangkang bebas menghasut rakyat supaya memusuhi dan mengguling kerajaan secara kekerasan.

"Mereka lebih berani dan aggresif kerana sudah tidak ada akta yang boleh menghalang mereka," katanya.

Beliau berharap cadangan pemansuhan Akta Hasutan dikaji semula kerana tidak ada kewajaran bagi kerajaan berbuat demikian.

0 comments: