Kisah gelandangan nampaknya masih belum selesai.
Jika sebelum ini kehidupan seharian golongan gelandangan yang menjadi bahan bualan masyarakat semakin menuju ke arah penyelesaian yang lebih seragam, kini propaganda pembangkang untuk mewujudkan persepsi kerajaan dilihat zalim pula sedang dibentuk.
Dalam masa sehari ini , pembangkang telah cuba melahirkan pemberitaan 'misled the community' dengan menuduh kerajaan melalui institusi Desa Bina Diri dikatakan sedang menzalimi penghuni yang ditahan.
Desa Bina Diri merupakan institusi yang dibentuk di bawah seliaan JKMM.
Fungsinya menjadi tempat penjagaan,perlindungan dan pemulihan untuk beberapa kelompok dan kategori gelandangan yang ditahan semasa operasi.
Dalam menkategorikan gelandangan terdapat beberapa kelompok yang diasingkan mengikut kesesuaian dan latar belakang individu.
Jika mereka yang berumur 60 tahun ke atas, maka JKMM akan menempatkan mereka di rumah orang tua seri kenangan.
Manakala fungsi Desa Bina Diri pula adalah menempatkan gelandangan yang berumur 18-59 yang kemudiannya diberikan pemulihan dan latihan vokasional secara intensif. Tujuannya adalah murni, iaitu untuk memberikan satu bentuk nafas dan kehidupan baru dalam kehidupan penghuni .
Dalam propaganda pembangkang dan putar belit informasi wartawannya, Desa Bina Diri digambarkan sebagai pusat rehabilitasi yang menzalimi warga tua, diperlihatkan akan tiada kemudahan asas dan lebih menjengkelkan apabila ianya dikaitkan sebagai institusi yang cuba memutuskan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat memerlukan eksklusif dan inklusifnes dalam pemberitaan.
Masyarakat menolak propaganda dan tajuk bombastik yang cuba untuk melariskan berita.
Seharusnya dalam menelusuri isu gelandangan, kepelbagian cadangan dan ide membina perlu dibentuk. Bukan sekadar itu, hakikat sebenar bagaimana sebuah institusi terbaik seperti Desa Bina Diri dalam menyelamatkan golongan ini juga perlulah diwar-warkan.
Menceritakan bahan berita separuh jalan memperlihatkan motif yang tidak baik daripada pihak yang terlibat.
Mengapa tidak diceritakan mengenai kemudahan dan servis yang diberikan oleh institusi ini ?
Mengapa tidak digemburkan mengenai 5 kali penghuni diberikan makan dan mengikut nutrisi kementerian kesihatan ?
Mengapa disenyapkan mengenai latihan vokasional untuk penghuni yang akhirnya mampu membentuk jatiridiri penghuni untuk berdikari selepas keluar dari Desa Bina Diri ?
Mengapa pembangkang enggan menceritakan mengenai rawatan intensif yang baik diberikan oleh intitusi ini kepada penghuni ?
Perkara yang baik tidak dijadikan bahan berita, sebaliknya amatlah melucukan bilamana isu penghuni tidak diberikan handp phone pula menjadi bahan kes dan digambarkan pula sebagai kes ulung bagaimana kerajaan menzalimi penghuni .
Seharusnya rakyat wajib mengasingkan diri daripada terjerumus khayal mempercayai pemberitaan bersifat propaganda, berat sebelah dan tidak menguntungkan .
Rakyat wajib menilai isu terutamanya mengenai Desa Bina Diri ini dengan lebih terbuka dan dalam skop pemikiran positif yang lebih meluas. Kerajaan juga melalui Kementerian Wanita,Keluarga dan Masyarakat senantiasa terbuka untuk bertukar pandangan dalam mengemaskini dan memajukan lagi institusi yang di bawah seliaannya.
.jpg)
0 comments: