GELANDANGAN MENDAPAT PERHATIAN ISTIMEWA DARI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT.


Konsep Anjung singgah yang berfungsi membantu kumpulan gelandangan mendapat perlindungan ternyata mendapat sambutan menggalakkan masyarakat kurang berkemampuan .

Anjung singgah yang menyediakan konsep one stop center untuk masyarakat kurang berkemampuan berlindung sementara setakat ini telah dioptimakan fungsi dan kebaikan kemudahannya oleh kumpulan masyarakat kurang berkemampuan.

Berdasarkan kenyataan Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sejak penubuhan Anjung singgah hingga ke hari ini, hampir 1028 orang berkemampuan telah mendaftarkan diri menjadi penghuni sementara.

Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini telah memberikan kesan positif terhadap kemajuan diri peserta bila statistik menyatakan hampir 364 penghuni telah mendapat pekerjaan hasil bantuan dan sokongan mantap dari kementerian pembangunan wanita ,keluarga dan masyarakat.

Kerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO telah banyak membantu kumpulan kurang berkemampuan ini untuk bangkit dan bersemangat untuk memajukan diri sendiri.

Dalam pada itu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membincangkan langkah bagi mengatasi masalah peminta sedekah, kata Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata perbincangan itu sekali gus akan membantu mengurangkan golongan gelandangan.

"Mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang hidup sebatang kara, daripada merayau di jalanan, lebih baik mereka ditempatkan di rumah kebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Sinar Kasih Ramadan' di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada majlis itu, 500 individu kurang bernasib baik dirai dan menerima sumbangan juadah berbuka puasa serta peralatan penjagaan diri.

0 comments: