KPWKM telah melancarkan kempen 'Suara Anda Tanggunjawap Utama' atau (SATU) yang bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepelbagaian fungsi dan kepentingan Kementerian dan agensi di bawahnya kepada masyarakat.
Menterinya, Dato' Sri Rohani Abdul Karim memberitahu kempen 'SATU' ini memfokuskan kepada beberapa kumpulan sasar dan sebagai permulaan, kumpulan OKU akan menjadi kriteria utama bahan kesedaran kempen.
Program yang bersifat inklusif kepada masyarakat ini akan disebar luaskan kempennya di seluruh negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap negeri akan berperanan menjadi pusat utama kempen ini dilangsungkan.
Ekoran kes menyayat hati yang menimpa adik Muhammad Firdaus dan setelah menerima pelbagai cadangan dari masyarakat maka KPWKM telah merangka strategi untuk menyedarkan masyarakat secara berkala dan berterusan akan kepentingan dan fungsi agensi di bawahnya berperanan dalam membantu masyarakat.
Setakat bulan februari 2014, terdapat 498,906 peserta OKU telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Statistik juga menunjukkan negeri Selangor mencatatkan peratusan tertinggi pendaftaran golongan istimewa ini.
Dato' Sri Rohani menegaskan perlunya masyarakat untuk berganding bahu menyampaikan maklumat kerana ianya amatlah memberikan manafaat kepada kumpulan OKU yang telah mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sejurus selepas melancarkan kempen ini, Dato' Sri Rohani juga telah melancarkan Tabung Spread The Love 2 Gaza yang bertujuan mengumpul derma untuk disalurkan kepada penduduk Palestin.
.jpg)
.jpg)
0 comments: