LAWATAN MENGEJUT PM MELAWAT GELANDANGAN DI IBU KOTA.

Perdana Menteri telah melakukan lawatan mengejut di kawasan Puduraya Kuala Lumpur malam tadi untuk meninjau permaslahan kumpulan gelandangan yang sejak kebelakangan ini menjadi bualan masyarakat prihatin.

Perdana Menteri telah diiringi oleh Menteri Wanita,Keluarga dan Perpaduan Masyarakat Dato' Sri Rohani Karim berserta dengan Menteri Wilayah Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam lawatan mengejut itu, Perdana Menteri sempat berbual dengan beberapa kumpulan NGO yang sedang menjamu kumpulan gelandangan.

Selepas itu Perdana Menteri telah bertemu dengan kumpulan gelandangan dan dilihat bertanyakan beberapa soalan yang ada kaitan dengan isu yang sedang berbangkit.

Tinjauan ini dipercayai ada hubungan dengan hasrat kerajaan yang mahu menyelesaikan isu gelangan ini secara holistik dan dilakukan secara berperingkat dan mengikut keutamaan.












0 comments: