MALAYSIAN INSIDER AKUI PUTAR BELIT ISU GELANDANGAN TIDAK MAMPU MENUTUP CERITA KEHANCURAN PAKATAN.


Gelandangan tiba-tiba menjadi bual bicara masyarakat.

Kes yang berturutan melibatkan anak kecil yang dibunuh kejam di bawah jambatan oleh gelandangan luar  antara cerita panas yang memungkinkan kisah luar dan dalam kehidupan gelandangan ini berterusan.

Di pihak kerajaan, isu gelandangan yang lebih tertumpu di kuala lumpur sudah lama difikirkan cara mengatasinya.

Sebagai permulaan, penubuhan Anjung Kasih di sebelah kompleks kotaraya KL setidak-tidaknya menjadi asas kemas kerajaan mengawal lantas menjaga kelompok masyarakat ini.

Semalam malaysian insider terpaksa menggunakan spin bertaraf rendah kualitinya apabila menjadikan cerita pelancong asing beratur mendapatkan makanan dari NGO sebagai berita utama.

Hakikatnya, dalam sidang media Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Rohani juga ada menyebut akan banyak lagi perkara dan jalan penyelesaian penting dalam usaha kementeriannya menyelesaikan masalah gelandangan.

Editor malaysian insider menutup cerita mengenai kejayaan Anjung Kasih.

Editor malaysian insider juga menutup cerita mengenai kejayaan gelandangan mendapatkan kerja setelah berdaftar dengan Anjung Kasih.

Editor malaysian insider juga menyembunyikan kisah dan usaha kerajaan dalam mengatasi secara kemas isu gelandangan.

Pandangan Menteri Wilayah mengenai radius kawasan untuk semua pihak memberikan makanan kepada gelandangan juga tidak di perjelaskan secara lengkap.

Apa yang perlu dilakukan adalah spin. Sayangnya spin mereka ini sungguh menjengkelkan. Kualiti pemberitaan nya tidak menggambarkan sikap profesionalisme pemberitaan.

Kerajaan telah merangka strategi jangka panjang mengenai isu gelandangan.

Hasil kajian ada didapati sindiket menggunakan gelandangan untuk mengaut keuntungan.

Kumpulan gelandangan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan jelas setiap dari mereka punyai masalah berbeza.

Oleh kerana itulah beberapa kaedah penyelesaian dicadang digunapakai bagi menyelesaikan permaslahan setiap kelompok yang terlibat.

Cadangan kerajaan untuk memperbanyakkan Anjung Singgah merupakan langkah tepat dalam mengumpul kemaskan kelompok ini dalam satu tempat.

Bukan sekadar makan minum percuma, kaunseling dan latihan juga bakal diberikan bagi menganjakkan moral mereka untuk berubah dan lantas meninggalkan kehidupan gelandangan.

Politik di malaysia telah melahirkan segelintir masyarakat yang lebihkan emosi dari rasional pemikiran.

Gelandangan merupakan isu nasional dan internasional.

Sebelum susilo bambang menjadi presiden,  di ibu kota jakarta masalah pengemis dan gelandangan merupakan isu utama yang menghantui kerajaan.

Hasil usaha pembenterasan dan pemulihan, jakarta kini sudah dilihat berkurangan permaslahan gelandangannya.

Mungkin nisbah dah kuantiti gelandangan berbeza di kedua buah negara , namun usaha kerajaan malaysia dalam memulihkan kelompok gelandangan ini sewajarnyalah dipuji kekemasan iltizamnnya.

Kementerian wanita dan kementerian wilayah telah berbesar hati menerima pelbagai cadangan dan ide mengatasi masalah.

Jelas kerajaan lebih walk the talk dalam menyelesaikan isu. Kerajaan terbukti tidak bermusim dalam menghadapi isu yang sentiasa mendatang.

Seeloknya editor malaysian insider perlu memikirkan cara bagaimana untuk menasihatkan pimpinan pakatan agar tidak membaling kerusi semata-mata mahu berebut jawatan daripada mewar-warkan pemberitaan spin yang rendah kualiti beritanya.

0 comments: