Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah meminta supaya kita merenungkan kembali tindakan penolakan tawaran oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dari menjadi pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Nancy memuat naik status di twitternya pada pukul 11.30 pagi ini dengan mengatakan "Ex-Chief Justice, Tun Abdul Hamid's reasoning for rejecting post as NUCC 's chairman is something to ponder on".
Status ini dimuat naik berikutan laporan daripada portal Malaysiakini yang bertajuk 'Tun Abdul Hamid tolak jadi pengerusi MKPN'.
Abdul Hamid menolak jawatan itu kerana khuatir diperalatkan oleh pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuhkan kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
" Saya yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.
"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu.
"Ahli-Ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis," katanya.

0 comments: