RESPON YB NANCY TENTANG JKUASA RUU YANG DITUBUH UMNO.


"Saya menyambut baik terhadap penubuhan jawatankuasa yang mengkaji cadangan Akta Keharmonian Nasional. Malah saya berterima kasih di atas minat yang ditunjuk oleh mereka agar kerajaan boleh melihat dari pelbagai sudut apakah yang diisi di dalam Akta itu nanti.

Sudah pasti pihak berkepentingan mahu melihat undang-undang yang mengekalkan kedudukan bangsa, agama serta institusi diRaja.

Di pihak kerajaan pula, ia memudahkan tugas kita sekiranya input yang diberi menepati aspirasi kerajaan.

Memang elok mendengar pendapat orang ramai kerana undang-undang ini meliputi elemen kemasyarakatan  yang harmonis, makmur, menghormati satu sama lain. Kita sedang mencari mekanisme untuk membayangkan suasana masyarakat bersatu padu, aman dan damai; sebuah masyarakat yang tidak sanggup menghina pemimpin dan sesiapa sahaja.

Secara ringkasnya, kita mahu lahirkan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab dalam amalan seharian mereka."

0 comments: