Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak bersetuju menerima usul insiden serangan hendap dan culik di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu, dibincangkan Rabu ini.
Salleh berkata usul yang dikemukakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail itu akan dibahaskan pada hari terakhir persidangan DUN Sabah.
Menurut Salleh, usul berkenaan dikemukakan Abdul Rahim mengikut Peraturan Tetap 23(1) dan (2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.
Dalam kejadian pada 11.10 malam, 12 Julai lalu, sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat menyerang hendap anggota Pasukan Polis Marin di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.
Serangan itu mengakibatkan Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakan sekerjanya, Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik penceroboh berkenaan.

0 comments: