Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi Pesawat MH17 hari ini memberi tumpuan kepada tiga lokasi utama melibatkan nahas pesawat berkenaan.
Menteri Pertahanan berkata, tiga lokasi itu adalah kawasan nahas di Ukraine, pengurusan pengecaman jenazah di Amsterdam, Belanda dan pengurusan penerimaan jenazah rakyat Malaysia di negara ini.
"Bagi persiapan upacara menerima jenazah di Malaysia, mesyuarat telah memutuskan agihan tugas bagi setiap kementerian yang terlibat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Seremai 10 menteri dari lapan kementerian terlibat dalam jawatankuasa itu.
Turut hadir dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Seri Rohani Abdul Karim.

0 comments: