KENYATAAN MEDIA


KENYATAAN MEDIA
YB DATO' SRI ROHANI ABDUL KARIM
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


“BANTUAN SOKONGAN KEPADA KELUARGA MANGSA”

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di atas kejadian yang menimpa kepada Nurain Damia, setahun dua bulan, anak tunggal pasangan Nor Ani Shafarina, 22 dan Mohd Naquudin Zakaria, 25.

Kejadian kes dera sehingga mengakibatkan kematian yang berlaku di negara ini sering mendapat perhatian serius pihak Kementerian.

Kementerian, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan sokongan dari segi perkhidmatan kaunseling kepada keluarga mangsa untuk memberi sokongan emosi dan psikologi kepada ahli keluarga.

Kes Nurain damia masih di dalam siasatan pihak berkuasa. Kementerian masih menunggu laporan siasatan berhubung kes ini.

Kes kanak-kanak ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) AKK 2001.

Saya menyeru kepada semua pengasuh dan pengusaha taska untuk tampil berdaftar dengan Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negeri dan daerah kerana kami sentiasa memantau perkembangan mereka dan dapat mengelakkan daripada kejadian yang sama berulang.

JKM turut menyediakan Kursus Asuhan Kanak-Kanak kepada mereka yang berdaftar.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, KPWKM ingin merujuk kepada laporan yang disiarkan di dalam akhbar tempatan 13 Ogos mengenai tindakan pusat asuhan yang menggunakan kekerasan sewaktu menjaga kanak-kanak.

Siasatan dalaman telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) JKM Timur Laut, Pulau Pinang pada 12 Ogos lepas, dan sedang meneliti serta memperincikan hasil siasatan dalam bentuk laporan dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.


DATO' SRI ROHANI ABDUL KARIM

0 comments: