LEBIH 15,000 HADIR KE PERHIMPUNAN 'SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA' DI DATARAN MERDEKA


Lebih 15,000 peserta telah berhimpun di Dataran Merdeka pada petang tadi (Sabtu) bagi menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin di Gaza serta mengutuk kekejaman rejim Israel di wilayah tersebut.

Perhimpunan 'Selamatkan Anak-anak Gaza' menyaksikan rakyat Malaysia berbilang bangsa bersama-sama menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang berlaku di Gaza.


Antara artis yang ketinggalan hadir menyertai perhimpunan tersebut ialah Datuk Hattan, Afdlin Shauki, Faizal Tahir dan Mizz Nina.

Selain itu ada juga para pelancong dari luar negara yang turut memberi sokongan terhadap perhimpunan itu.


Hadirin diberi masa untuk bertafakur dan berdoa selama beberapa minit sebelum ucapan aluan oleh pihak penganjur, iaitu Viva Palestina Malaysia.


Selain bacaan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir, pelbagai laungan anti-Israel juga disuarakan oleh peserta protes yang turut membawa pelbagai sepanduk yang membawa mesej sokongan dan solidariti mereka kepada Gaza dan mengutuk Zionis Israel.