JURUGAMBAR DI TUMBUK OLEH KENALAN MANGSA MH17


Sedikit kekecohan berlaku ketika Istaidat Penghormatan Jenazah pagi ini apabila seorang jurugambar dari New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang kenalan keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat itu.

Aizuddin dilaporkan berdarah hidung dan kameranya rosak teruk akibat kejadian itu.

Menurut saksi kejadian, tidak sepatutnya kenalan mediang Paul Goes bertindak menumbuk jurugambar itu, ia adalah perbuatan yang tidak wajar.