MH17: SEMBILAN LAGI JENAZAH AKAN DI BAWA PULANG ESOK


Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang berlangsung sebentar tadi telah mengesahkan bahawa 9 lagi jenazah magsa Tragedi MH17 akan di bawa pulang esok, persiapan telah di lakukan secara rapi dan kerajaan bersedia untuk menyambutnya pada hari esok.

9 jenazah ini melibatkan 7 warganegara Malaysia dan 2 Belanda, dari 7 jenazah warga Malaysia itu, 2 bukan adalah beragama Islam manakala 5 bukan beragama Islam serta melibatkan 3 penumpang dan 4 anak kapal, sementara 2 jenazah yang bukan warganegara Malaysia adalah bukan beragama Islam

Daripada 9 jenazah ini, 5 jenazah akan diterima dalam keranda dan 4 jenazah lagi akan di bawa dalam bekas abu.

Sekiranya semua berjalan lancar untuk menerima 9 jenazah itu esok, jumlah jenazah yang telah kerajaan membawa pulang dari Belanda adalah 31.

Sebagai penghormatan negara, YAB Perdana Menteri serta Menteri-Menteri Kabinet akan hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah esok.

Oleh itu marilah kita seluruh rakyat Malaysia bersama-sama berdoa supaya magsa nahas MH17 yang masih belum di temui di permudahkan Allah dan pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia kembali dibenarkan memasuki semula Ukraine untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai.

Dalam menangani tragedi ini, Kerajaan Malaysia konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 harus dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya menerima hukuman yang setimpal keatas jenayah pembunuhan yang mereka lakukan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Pertahanan, Dato Sri' Rohani Abdul Karim Menteri Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan Dato Sri' Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan.