Isu membawa keluar Sabah dari Malaysia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas bertentangan dengan keputusan yang sudah dicapai melalui Suruhanjaya Cobbold pada 1962.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan membangkitkan isu tersebut.
"Perkara ini tidak seharusnya berbangkit kerana ia melanggar perjanjian yang telah dicapai bersama dalam Suruhanjaya Cobbold.
"Jika mereka mahu bangkit berkaitan kemajuan yang kurang, itu tidak jadi masalah. Tetapi jika bangkit isu memisahkan Sabah dari Malaysia, maka satu tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menyebarkan perkara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna.
