Dalam sidang media Menteri Besar Selangor yang berlangsung tadi, Tan Sri Khalid memaklumkan bahawa pihak Istana Selangor akan memberi maklum balas terhadap calon menteri besar.
Menurut Khalid, beliau telah dimaklumkan bahawa ketiga-tiga parti iaitu, PAS, DAP dan PKR telah menghantar nama calon-calon cadangan bagi jawatan Menteri Besar Selangor kepada DYMM Sultan Selangor.
Beliau percaya proses seterusnya akan menyusil dan pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang di berikan.
Sehingga proses selesai, pentadbiran Kerajaan Negeri akan berjalan seperti biasa dan beliau menyeru semua pihak bersabar dan membenarkan proses tersebut dijalankan mengikut tatacara Undang-Undang Tubuh Negeri dan adat istiadat Negeri Selangor.
