Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada tahun ini dijalankan di peringkat 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan kempen secara walk-about diadakan di peringkat negeri seluruh negara, kata Rohani ketika Majlis Pelancaran Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita.
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan kempen 90 hari sempena Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada tahun ini berbanding tahun 2013 berikutan kesedaran masyarakat dalam kempen ini.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Dato' Sri Rohani Abdul Karim.
Beliau memberitahu bahawa pelancaran ini adalah permulaan kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita sempena sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada 25 November nanti.
Kempen ini adalah program tahunan KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang bertujuan mewujudkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu ini dan peranan semua pihak dalam menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita di samping meningkatkan kesedaran kepada golongan muda tentang keperluan untuk sama-sama dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.


0 comments: