PEMBANGKANG GAGAL MEMAHAMI ASAS PERKARA 3 & 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Soalan yang di ajukan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam Sidang Parlimen yang bertanyakan 

Minta menyatakan sebab tindakan diambil di bawah Akta Hasutan sungguhpun telah diumumkan ia akan dimansuhkan. Bila ia akan dimansuhkan. Sekiranya tidak, mengapa. Siapa yang didakwa dan tuduhannya sejak 2008 dan mengapakah Presiden Perkasa tidak didakwa kerana mengugut hendak membakar Bible Bahasa Melayu

Jawapan dari YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri.

1.Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2012, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan menggantikan dengan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di Malaysia.

2.Sungguhpun begitu, Kerajaan amat prihatin dan mengambil maklum akan pandangan dan maklum balas yang telah diberikan oleh pelbagai pihak berhubung dengan isu pemansuhan ini.

3.Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri melalui kenyataan akhbar beliau bertarikh 12 September 2014 telah memaklumkan bahawa rundingan yang menyeluruh akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan. Selepas proses rundingan tersebut diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang akan diambil berhubung dengan Akta Hasutan 1948.

4.Tindakan undang-undang masih diambil di bawah Akta Hasutan 1948 kerana Akta ini masih berkuat kuasa dan belum dimansuhkan lagi. Oleh itu, sekiranya terdapat kesalahan di bawah Akta ini dan hasil siasatan mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan satu kes di bawah Akta tersebut, tindakan pendakwaan akan dilakukan ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab. 

5.Jumlah pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dikemukakan di Mahkamah mengikut tahun adalah seperti yang berikut:

(a) Tahun 2009 – 1 kes;
(b) Tahun 2010 – tiada pertuduhan;
(c) Tahun 2011 – 1 kes;
(d) Tahun 2012 – tiada pertuduhan;
(e) Tahun 2013 – 8 kes; dan
(f) Tahun 2014 (setakat bulan September 2014) – 12 kes.

6.Berhubung kes membabitkan Dato’ Ibrahim bin Ali, Presiden PERKASA, hasil siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa:

(a)Kata-kata yang diucapkan oleh beliau adalah ditujukan kepada individu-individu yang telah mengedar naskhah “Bible” yang mengandungi kalimah Allah dan juga tulisan Jawi kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu;

(b)Kenyataan yang dibuat oleh beliau tersebut tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam.

Oleh yang demikian, tiada pendakwaan dilakukan.

0 comments: