AZMIN ALI : JANGAN BERI SAYA CENDERAMATA.


Kerajaan Negeri Selangor minggu lepas mengeluarkan notis kepada semua jabatan dan agensi berkaitan bagi melaksanakan arahan penguatkuasaan larangan pemberian cenderamata kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar).

Surat pekeliling bertarikh 13 November itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan diedarkan kepada semua ketua jabatan/agensi, pegawai daerah, yang dipertua majlis perbandaran dan datuk bandar serta semua yang mengetuai pentadbiran negeri.



"Dimaklumkan yang menteri besar mengarahkan tiada sebarang pemberian cenderamata kepada beliau oleh jabatan/agensi kerajaan semasa program turun padang dilaksanakan.

 
"Sehubungan itu, bagi memastikan arahan tersebut dilaksanakan, maka jabatan/agensi kerajaan tidak dibenarkan memberi cenderamata kecuali yang berbentuk buku laporan atau seumpama dengannya," memetik daripada surat pekeliling SUK bilangan 4 tahun 2014.