1MDB : AHMAD MASLAN JAWAP RAFIZI RAMLI.


Kenyataan Akhbar

Seperti yang saya jelaskan di Parlimen pada hari Khamis 6 Nov 2014, jaminan Kerajaan yang dikeluarkan untuk 1MDB hanyalah sebanyak RM5.8 bilion.

Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memang tiada surat yg membawa maksud kepada jaminan yang lebih daripada jumlah itu.  Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain rm5.8 billion untuk 1MDB atau anak-anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon US$3 bilion. 

Sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata tahunan 1MDB untuk tahun kewangan berakhir 2013, satu surat telah dikeluarkan sebagai pemegang saham tunggal 1MDB. 

Menurut syarat-syarat di dalam surat tersebut, sekiranya 1MDB tidak dapat membayar hutang berkaitan bon yang berkenaan, sebarang tuntutan terhadap Kerajaan (selain tuntutan terhadap 1MDB) hanyalah terhad kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat itu sahaja, dan ini bukan merupakan jaminan Kerajaan.

Terima kasih.
Datuk Ahmad bin Maslan
Timbalan Menteri Kewangan
8 Nov 2014