Sebuah pusat perubatan mini sementara pertama diwujudkan di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan untuk membantu mangsa banjir mendapatkan rawatan percuma ketika musim banjir ini.
Pusat rawatan yang diwujudkan oleh Yayasan Kebajikan Negara ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan rawatan sepertimana yang didapati di klinik biasa.
"Di sini segala pemeriksaan dilakukan oleh doktor yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim di sini hari ini.
Justeru, Rohani menyeru agar mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan berdekatan boleh mendapatkan rawatan di situ.
0 comments: