Pelaburan MARA Bersama Anda inisiatif PMB dekati rakyat
Pasir Salak, 18 Januari 2015 - Pelaburan MARA Berhad (PMB) menerusi program tanggungjawab sosial korporat telah menganjurkan program Pelaburan MARA Bersama Anda : Ops Pasca Banjir 2.0 di Kampong Sejagob, Pasir Salak Perak.
Program ini merupakan siru ke-2 Ops Pasca Banjir yang mana program sebelum ini telah diadakan di Kuala Krau, Temerloh. Seramai 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan PMB, pelajar & staf KPTM, Skuad Sayang Selangor dan beberapa orang NGO dan Individu.
Pengerusi PMB, Dato' Sohaimi Shahadan berkata ," mulai tahun 2015 ini, PMB akan lebih agresif dalam penganjuran program khidmat masyarakat bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat PMB.
"Menerusi program Pelaburan MARA Bersama Anda, PMB akan lebih peka salam merasai denyut nadi rakyat dimana program-program tanggungjawab sosial korporat yang dirancang pada tahun ini akan mendekatkan lagi masyarakat dengan PMB. Setiap program yang di atur itu akan disesuaikan dengan keperluan mendesak dan keadaan semasa."
"Dengan cara ini, objektif utama yang disasarkan oleh PMB akan dapat direalisasikan." Tambah Sohaimi lagi.
Selain itu, Sohaimi turut menggesa KWSP untuk segera mempertimbangkan cadangan jangka pendek iaitu pengeluaran Akaun 2 pencarum bagi tujuan membaikpulih rumah dan membelu pekakasan tumah yg rosak akibat banjir seperti yang diutarakan oleh beliau sewaktu Program PMB Bersama Anda: Ops Pasca Banjir 1.0 di Kuala Krau, Temerloh baru - baru ini.
Sohaimi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO juga menyambut baik cadangan rombakan Bajet 2015 dan berharap agar Kerajaan dapat memberi tumpuan aktiviti pasca banjir di sekitar Pantai Timur dan beberapa negeri lain.
"Rombakan bajet 2015 perlu di lakukan bagi memangani masalah kejatuhan harga minyak dunia serta kesan bencana banjir yang melanda Negara.
Saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan dapat menangguhkan projek2 mega dengan menyalurkan peruntukkan tersebut ke Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi menambah bilangan rumah mesra rakyat yang dibina.
0 comments: