SOHAIMI SHAHADAN GESA NURUL IZAH BERHENTI BERBOHONG.


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan menasihati Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhenti berbohong mengenai dakwaan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2013


Sohaimi berkata,  tidak ada faedah untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mereka-reka cerita semata-mata untuk menarik simpati rakyat terhadap bapanya yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya.



"Ini bukan kali pertama Nurul Izzah berbohong. Sebelum ini dalam setiap ceramah beliau penuh dengan pembohongan dan fitnah. Modus operandi yang sama digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk mendapat perhatian rakyat.



"Cukuplah rakyat Malaysia diperdaya. Rakyat sudah muak dengan segala rektorik kosong politik gaya PKR ini," katanya, semalam.



Sohami berkata demikian sebagai tindak balas terhadap dakwaan Nurul Izzah yang telah di sebarkan melalui media sosial bahawa Anwar telah ditawarkan jawatan nombor dua dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas PRU-13.



Nurul Izzah dalam ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam Sabtu, dilaporkan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menawarkan jawatan tersebut kepada bapanya dengan syarat Anwar bersetuju untuk ‘mengabaikan’ rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.



Nurul Izzah berkata Anwar ibrahim kononnya menolak tawaran itu.



Sohaimi berkata, sistem demokrasi dan cara  yang diamalkan di Malaysia tidak memungkinkan individu dari luar tiba-tiba  dipilih menjadi timbalan perdana menteri, tambahan pula dari parti pembangkang.



"Nurul Izzah jangan lagi memperbodohkan rakyat malaysia. Kita semua tahu sistem pilihan raya umum dan pemilihan dalam parti yang menentukan hieraki adalah kaedah yang diguna pakai di Malaysia. Mana mungkin tiba-tiba  Anwar boleh muncul menjadi TPM?" katanya.



Secara sinis Sohaimi berkata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan itulah kaedah dan cara politik Nurul Izzah yang diwarisi daripada ayahnya.



"Kenyataan Nurul Izzah itu hanya retorik politik pembangkang. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, jadi itulah taktik dan cara politik Nurul Izzah yang diwarisi daripada Anwar.



“Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafik  antaranya apabila ia berkata, ia berbohong. Tindakan Nurul Izzah ini tidak lain hanya menarik perhatian rakyat untuk  meraih simpati selepas PKR dan pakatan rakrat dilanda pelbagai masalah," katanya.