JADIKAN RAKYAT SELANGOR TEBUSAN UNTUK BEBASKAN ANWAR

Kerajaan Negeri Selangor seakan menjadikan rakyat sebagai "tebusan" demi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kerana itulah perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air antara Kerajaan Negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan dibatalkan dengan mudah walaupun bakal mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.

Beliau berpendapat pembatalan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air tersebut sebagai satu keputusan yang menunjukkan bahawa kerajan negeri lebih pentingkan politik daripada kesejahteraan rakyat.

"Telah lebih 32 kali perbincangan diadakan untuk mencapai kata putus berkenaan perjanjian air ini. Namun, sepanjang empat bulan Azmin menjawat jawatan Menteri Besar, banyak keputusan yang dibuat dilihat lebih menjurus kepada keputusan politik termasuklah isu air," katanya lapor UMNO Online.

Beliau mengakui bahawa tertanya-tanya, jika keputusan tersebut datang daripada Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar atau menerima arahan tertentu terutama sekali daripada penasihat ekonomi di Sungai Buloh sebagai unsur ugutan kepada kerajaan persekutuan bagi membebaskan ketua pembangkang itu.

Irmohizam yang menegaskan bahawa perkara itu harus difikirkan bersama secara serius turut berkata, pembangkang dilihat menggunakan politik sebagai ugutan dan menjadikan rakyat sebagai 'tebusan' agar kerajaan memenuhi citarasa dan kehendak mereka.

"Pelaburan di Selangor juga semakin merudum. Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan di negeri ini juga semakin terhakis.

"Generasi muda harus membuka pemikiran dan mata mereka dengan melihat peluang pekerjaan yang semakin terhakis di negeri Selangor dan tidak hairan sekiranya suatu hari mereka akan menyalahkan kerajaan Pusat sebagai punca kononnya kesan daripada kemerosoton ekonomi .

Irmohizam berpendapat keadaan tersebut sangat merbahaya dan seolah-olah satu sabotaj kepada sistem ekonomi negara dengan pembatalan perjanjian air.

0 comments: