PKR HANYA BERPOLITIK, SANGGUP TOLAK "HUDUD"


Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan wakilnya di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan, Mohd Roslan Puteh untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian ke atas rang undang-undang hudud di negeri itu menunjukkan parti itu lebih mengutamakan politik daripada memperjuangkan undang-undang Islam.

Ahli Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, PKR tidak pernah menerima hudud, sebaliknya bekerjasama dengan Pas semata-mata mahu merealiasikan agenda untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Parti ini (PKR)  tidak pernah memperjuangkan orang Melayu, malah mereka juga mahu institusi diraja dihapuskan.  Agenda mereka hanyalah memperjuangkan individu yang bernama Anwar Ibrahim semata-mata,” katanya, semalam.

Semalam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kesemua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk seorang dari PKR serta 12 wakil pembangkang dari Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut

Justeru beliau hairan mengapa Pas masih menaruh harapan kepada PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang sedangkan kedua-dua parti ini jelas menolak pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan parti itu selama ini.

“DAP bukan sahaja menolak hudud, malah melabel Pas sebagai pengkhianat. Pemimpin tertinggi PKR adalah Melayu yang beragama islam, tetapi malangnya mereka terang-terang menolak undang-undang yang dituntut dalam Islam,” katanya.

Sohaimi berkata,  tuduhan  mengatakan Umno mengambil kesempatan apabila menyokong hudud yang dibentangkan oleh Pas Kelantan sama sekali tidak berasas kerana parti itu tidak akan menentang perkara yang dituntut dalam agama Islam.

0 comments: