TURUNKAN SIMBOL SALIB, IA TIDAK MENGHORMATI HAK ORANG KRISTIAN - AZMIN ALI

Arahan menurunkan simbol salib di sebuah gereja di kawasan penduduk majoriti Melayu di Taman Medan, tidak dapat diterima, malahan ia tidak menghormati penganut agama Kristian, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

"Salib adalah simbol kesucian untuk komuniti Kristian.

"Memaksa supaya ia diturunkan tentu sekali suatu perbuatan yang tidak dapat diterima dan tidak menghormati komuniti Kristian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bulanan jabatan kerajaan negeri pada Isnin.

Penduduk di kawasan berkenaan mengadakan demonstrasi di luar gereja itu pada Ahad mendesak supaya simbol salib pada bangunan itu diturunkan.

Ketika kejadian itu, gereja berkenaan mengadakan sesi ceramah agama mingguannya.

0 comments: