Sekolah Maahad Hamidiah Kajang telah wujud sejak 1963 dan merupakan sekolah kluster kecemerlangan yg telah byk melahirkan para cendiakawan, professional dan agamawan.
Projek "The Louvre" iaitu projek bangunan komersial 'service apartment' 36 tingkat yg akan dibina di atas tanah 3.25 ekar di hadapan Sekolah mengandungi 30 unit kedai & 498 unit apartment oleh Tetuan Paris Dynasty Land Sdn Bhd.
Apa yang didapati apabila meneliti segala dokumen pembangunan iaitu: 1. Pelan Infrastruktur yg diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) amat berbeza dgn kelulusan pelan jalan keluar masuk oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan YB Menteri Kerja Raya.
Kelulusan LLM mensyaratkan pembinaan flyover dan viaduct TETAPI kelulusan MPKJ adalah penyambungan terus (T-Junction). Garis panduan Permohonan Pembangunan di tepi Lebuhraya dan Seksyen 11(3)(b) Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 menetapkan LLM adalah pihak paling berkuasa dan berotoriti bagi kelulusan berkaitan jalan keluar masuk dari pembangunan ke lebuhraya.
Kelulusan MPKJ adalah bercanggah dgn kelulusan LLM dan ini menjadikan kelulusan pelan infratruktur, kebenaran merancang dan apa jua kelulusan yg berkaitan adalah tidak sah dan terbatal.
2. Wujudnya percanggahan yang sangat ketara antara Pelan Pembangunan yang diluluskan MPKJ dengan Rancangan Tempatan (RT) yang telah diwartakan. RT menunjukkan cadangan pembangunan adalah pembangunan komersial rumah kedai dan bukannya bangunan service apartment 36 tingkat.
3. Persiaran Hamidiah adalah Jalan Mati/Buntu (Cul De Sac). Berdasarkan garispanduan Perancangan Kawasan Perdagangan, Jab Perancang Bandar dan Desa (2011) pembangunan komersial tidak boleh dibina di jalan mati.
3. Persiaran Hamidiah adalah Jalan Mati/Buntu (Cul De Sac). Berdasarkan garispanduan Perancangan Kawasan Perdagangan, Jab Perancang Bandar dan Desa (2011) pembangunan komersial tidak boleh dibina di jalan mati.
4. Terdapat beberapa lagi pelanggaran dan percanggahan undang-undang yang dikenalpasti. Asas-asas lain bantahan projek tersebut: i. Projek tersebut sekiranya diteruskan ianya akan menyebabkan kesesakan yang sangat teruk di lebuhraya silk dan jalan menuju bdr baru bangi selepas tol kajang.
Sudah semestinya tempat letak kereta bagi bangunan 36 tingkat tidak mencukupi. Penghuni atau pelawat pasti akan meletakkan kenderaan di tepi lebuhraya dan dihadapan sekolah. Kesesakan lebuhraya silk dan jalanraya di hadapan sekolah dan sekitar tol kajang pasti menyusahkan penduduk2 kajang dan bandar baru bangi.
ii. Tapak sekolah adalah seluas 30ekar dan berada di dalam kawasan pembangunan yang sangat strategik.. Ketika inipun sudah ada ura2 sekolah ini perlu dipindahkan. Projek 36 tingkat jika diteruskan akan menjadi sebab kepada usaha golongan kapitalis ini mendapatkan tapak sekolah ini utk kepentingan mereka.
iii. SMKA Maahad Hamidiah adalah cukup simbolik dan iconic kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi.. Maka kita wajib menghalang sebarang usaha atau perkara2 yang boleh membawa kepada pemindahan sekolah tersebut ke kawasan lain.
iv. Projek ini juga tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi baik dari aspek sosio-ekonomi kerana harga unit di projek tersebut sgt tinggi dan turut dilancarkan di Singapura utk menarik pembeli2 daripada Singapura membeli unit2 di Projek tersebut..
Kami menyeru semua rakan2 dan penduduk sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dan Seluruh Selangor utk sama2 menyokong usaha bantahan projek ini dan like page fb "Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang"..