TUDM MENERIMA PESAWAT KEDUA AIRBUS A400M


Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) menerima sebuah lagi pesawat A400M dan penyerahan Hangar A400M khusus buat No. 22 Skuadron TUDM Subang semalam.

Majlis itu di sempurnakan oleh YB. Dato' Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pertahanan di Hangar 22 Skuadron.

Dalam ucapannya, Hisammuddin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan kerana dapat menyiapkan pembangunan Hangar A400M dalam tempoh enam bulan lebih awal yang mana sepatutnya Hangar A400M itu siap pada pertengahan tahun ini dan Hangar itu bakal menempatkan 4 pesawat A400M dan sekali gus menjadi Hangar pertama yang dibina untuk pesawat A400M dan yang terbesar di dunia.

Mengulas mengenai pembelian aset terbaharu TUDM itu, Hisammuddin mengatakan, satu transformasi sedang giat dilaksanakan oleh TUDM pada masa ini untuk memenuhi misinya menjadai "kuasa udara yang dominan" dalam kata lain. TUDM perlu menjadi garuda yang menguasai angkasaraya.

Perolehan pesawat-pesawat moden dan berteknologi tinggi seperti Airbus A400M akan dapat menggandakan kekuatan ketumbukan pesawat angkut yang ketika ini ditunjanggi oleh 14 buah pesawat Hercules C130H dan CN235, dengan kemasukan pesawat A400M ini kedalam No. 22 Skuadron, ia akan dapat membantu Skuadron ini melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih cemerlang, cekap dan sistematik.

Pesawat A400M yang pertama telah diterima sewaktu berlangsungnya LIMA 2015 di Langkawi tahun lepas, manakala pesawat ketiga A400M dijangka akan diterima pada awal April 2016 dan pesawat keempat pada November 2016.