SOKONG PELANTIKAN HAKIM SYARIAH WANITA - SHAHRIZAT JALIL


17 FEBRUARI 2016
Merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah dan Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut, di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, saya bagi pihak Wanita UMNO mengucapkan terima kasih dan penghargaan kami terhadap usaha berterusan beliau untuk menambah bilangan Hakim Syariah Wanita sekaligus mengangkat martabat Pegawai Syariah Wanita mengikut kelayakan dan kemampuan yang telah mereka buktikan.


Wanita UMNO memohon supaya pihak-pihak yang berkenaan untuk memberi perhatian dan pertimbangan semula dalam keputusan untuk menolak atau menangguhkan perlantikan Hakim Syariah Wanita terutamanya di negeri Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. Wanita UMNO percaya, fatwa mengharuskan perlantikan Hakim Syariah Wanita yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambilkira hujah dan kebaikan dalam semua sudut, maka alangkah baiknya jika Majlis Fatwa Negeri bersepakat dalam hal ini demi kemaslahatan semua umat Islam di Malaysia.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA