10 RIBU HADIR DAKWA KHALID SAMAD

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad menangkis dakwaan bahawa ‘Himpunan Bantah GST’ yang diadakan di ibu negara semalam gagal kerana tidak dapat mengerah rakyat turun ke jalan raya.
Katanya, himpunan yang diadakan itu dianggap berjaya kerana mampu mengumpul seramai 10,000 peserta.

“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah.
“Kita lihat kemuncaknya memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.
“Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di Jalan Ipoh, di sini. FMT