TANPA UMNO , MARA TIDAK BOLEH BANGKIT


Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara.
Perdana Menteri berkata, kekuasaan UMNO selaku parti pemerintah amat penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
“MARA lahir dari perut siapa? UMNO… Tanpa UMNO tak mungkin MARA wujud. Saya hendak kata yang hakikatnya, MARA tak akan berkubur selagi UMNO berkuasa. Itu yang betul.


“Tanpa UMNO, MARA akan terkubur dan MARA apabila terkubur, orang Melayu akan tersungkur, Bumiputera akan tersungkur.
“Sebab itulah macam mana pun, kita mesti jaga UMNO. Tiada UMNO tiada MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA