CALON PRK KUALA KANGSAR KESINAMBUNGAN KHIDMAT CEMERLANG BN - SHAHRIZAT JALIL

KUALA KANGSAR, 28 MEI - Saya mewakili seluruh jentera Wanita Barisan Nasional mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kerana memberi kepercayaan kepada YBhg. Datin Mastura Mohd Yazid, seorang calon wanita, untuk mewakili Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar.

Segala yang berlaku merupakan ketentuan Allah Subhanahu Wataala. Di atas kesetiaan Datin Mastura Mohd Yazid sentiasa berada di sisi suami tercinta, Allahyarham YB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar, mendampingi dan membantu setiap keperluan dan isu rakyat, beliau kini menjadi calon terbaik untuk meneruskan khidmat bakti Barisan Nasional di Kuala Kangsar.

Pemilihan Datin Mastura bukan sahaja di atas pengalaman beliau turun padang menabur jasa bersama Allahyarham suami, malah beliau turut berkelayakan dari segi akademik di mana beliau adalah merupakan seorang peguam. Ini menjadikan beliau calon yang cukup layak mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Wanita Barisan Nasional menyokong sepenuhnya pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar. Seluruh jentera Wanita Barisan Nasional telah bersedia untuk bertemu setiap pengundi untuk memastikan mereka memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional meneruskan kesinambungan khidmat cemerlang di Kuala Kangsar.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Ketua Wanita Barisan Nasional Malaysia

0 comments: