BN MENANG BESAR DI SUNGAI BESAR


SUNGAI BESAR: Barisan Nasional mencatatkan kemenangan besar pada Pilihanraya Kecil Sungai Besar.

Calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi menewaskan pencabarnya dari PAS yang diwakili oleh Dr Rani dan PAN pula di wakili oleh Ustaz Azhar.

Barisan Nasional mendapat 16,800 undi, PAS pula mendapat 6,902 dan PAN pula mendapat 7,609.

Pada Pilihanraya Kecil kali ini Barisan Nasional mendapat majoriti 9191 undi berbanding 399 majoriti pada Pilihanraya Umum lepas.

Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon maut dalam nahas helikopter di Sarawak bulan lepas.