TRAGEDI GEMPA BUMI ERATKAN HUBUNGAN DUA NEGARA


Lagos, Nigeria: Pada 16 April 2016, negara Ecuador telah dilanda gempa bumi yang amat besar dengan magnitud mencecah 7.8. Kemelut bencana tersebut melanda seluruh negara, mengakibatkan sekurang-kurangnya 500 orang maut dan 27,500 orang cedera. Terkesan dengan nasib yang melanda penduduk Ecuador , T.B. Joshua - Pengasas Emmanuel TV menghantar pasukan bantuan ke Wilayah Esmeraldas, Ecuador dan turut menghantar Pesawat Kargo Boeing 727 yang mengandungi 20 tan bahan bantuan kebersihan, bahan makanan mudah rosak dan juga tidak mudah rosak.

Sebaik tiba, bantuan dan bekalan diterima oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan bagi pihak rakyat Ecuador . Angkatan Tentera Ecuador memuatkan segala barangan bantuan ke dalam trak tentera dan dibawa ke Pusat Operasi Emmanuel TV, yang terletak berdekatan dengan Bandar Esmeraldas. Segala bekalan dipunggah, dibungkus semula dan diedarkan ke kem-kem perlindungan di Wilayah Esmeraldas.


Pasukan Emmanuel TV turut menghantar bantuan ke sebuah kampung pedalaman, Chachi de San Salvador , yang turut terjejas teruk akibat gempa bumi tersebut di kawasan-kawasan bekalan air bersih manakala sekolah tempatan turut musnah. Sebagai respons kepada keperluan masyarakat khusus ini, Pasukan tersebut membekalkan peralatan kepada komuniti tersebut bagi menukarkan air sungai dan air yang tidak bersih menjadi air yang boleh diminum. Pasukan tersebut turut mengusahakan projek pembinaan sekolah yang menelan belanja sebanyak US$262,000 bagi membina semula seluruh bangunan sekolah yang termusnah. Pembinaan semula sekolah itu akan menyediakan kemudahan pembelajaran kepada 350 orang murid.

Penduduk Ecuador serta Kerajaannya, terus menyatakan rasa terima kasih atas usaha Menyelamat Ecuador oleh Emmanuel TV. Seorang penerima bantuan yang berterima kasih daripada komuniti Chachi berkata: "Ini merupakan bantuan pertama yang kami terima daripada negara lain." Usaha menyelamat tersebut berjaya membantu lebih 5,000 penduduk Ecuador , yang menelan belanja melebihi setengah juta Dolar AS.