GANDINGAN SWEETSPOT DIGITAL DAN VISA MALAYSIA TAWAR PROMOSI HIDANGAN BERHARGA RM1


KUALA LUMPUR, Malaysia: Gandingan syarikat peneraju teknologi pembayaran global, Visa dan Sweet Spot Digital (Malaysia ) Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pemasaran setempat dan pemaju aplikasi telefon mudah alih SweetSpot, kini menawarkan peluang kepada para pengguna yang berminat serta pemegang kad Visa untuk membeli satu hidangan sesuku ayam panggang ' a la carte' Kenny Rogers ROASTERS (KRR) dengan harga  RM1 sahaja. Promosi bermula 15 Ogos, sementara stok masih ada. 

Proses penebusan tawaran ini tersangat mudah kerana pelanggan hanya perlu membuat transaksi prabayar menggunakan kad kredit atau debit Visa melalui perkhidmatan Visa Checkout, yang terdapat di dalam aplikasi telefon mudah alih SweetSpot. Selepas sekali mendaftar, bayaran boleh dibuat dengan satu cuitan dan kemasukkan kata laluan. Sejurus itu, kupon digital akan diletakkan secara automatik didalam aplikasi SweetSpot. Pelanggan kemudiannya boleh menikmati hidangan yang dibeli dengan menunjukkan kupon tersebut di mana-mana cawangan KRR yang terlibat sebagai bukti pembelian bermula dari jam 6 petang hingga 9 malam setiap hari.

SweetSpot kini merupakan satu-satunya aplikasi telefon mudah alih dirantau ini yang menampilkan pelantar pembayaran secara bersepadu oleh Visa yang begitu mudah, pantas dan selamat supaya pelanggan tidak perlu meninggalkan aplikasi apabila membuat pembayaran.

"Para pengguna masakini merasa lebih selesa serta semakin berminat untuk membeli-belah secara digital jika proses pembayaran didapati lebih lancar," ujar Pengurus Besar Sweet Spot Digital ( Malaysia ) Sdn Bhd Nicholas Foong. "Kerjasama dengan pihak Visa dimeterai kerana kami yakin dengan tahap keselamatannya yang utuh ketika pengguna membuat sebarang bayaran melaluinya."

Menurut Pengurus Besar Visa di Malaysia , Ng Kong Boon , kerjasama ini diadakan khusus untuk menyalurkan lebih banyak faedah kepada para pengguna Visa Checkout yang melakukan pembayaran serta penebusan belian melalui aplikasi telefon mudah alih SweetSpot. "Kami berbesar hati untuk menerima Sweet Spot Digital sebagai salah satu sekutu utama Visa Checkout. Pengguna di Malaysia kini semakin terdorong kepada kepenggunaan digital, justeru adalah penting bagi kami menyediakan suatu kaedah yang mudah serta lancar untuk melakukan sebarang pembelian dalam talian. Kami juga berharap untuk menggembirakan para pemegang kad kami dengan pelbagai hadiah dan ganjaran seperti promosi Kenny Rogers ROASTERS ini yang menawarkan mereka peluang untuk membeli hidangan ayam melalui aplikasi telefon mudah alih SweetSpot dengan harga RM1 sahaja"

Tawaran hidangan ayam RM1 SweetSpot-Visa-KRR ini kini tersedia di semua restoran Kenny Rogers ROASTERS yang terlibat di seluruh Malaysia . Para pengguna yang berminat perlu memuat turun aplikasi SweetSpot serta membuat pendaftaran kepenggunaan di Visa Checkout terlebih dahulu. Setiap pendaftaran hanya dibenarkan sekali penebusan sahaja. Aplikasi telefon mudah alih SweetSpot kini terdapat dalam versi iOS dan Android dan pendaftaran adalah percuma untuk kedua-dua aplikasi telefon mudahalih SweetSpot serta Visa Checkout.