Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyanggah pendapat Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan sekolah Cina dianggap hak istimewa kaum minoriti di Malaysia.
Katanya, ini boleh mengelirukan dan membawa salah tafsiran
“Ianya tidak boleh sebut hak istimewa (tiada dalam perlembagaan), seolah-olah sama dengan Hak Istimewa Orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Fasal 153,” katanya mengulas kenyataan Ahmad Shabery semalam dalam posting Facebooknya.
Menurut bekas ahli parlimen Pasir Mas itu, dalam bahasa Inggeris,”vernacular school is actually an extended goodwill by the government to the community. They only enjoy special goodwill not a previllege.
“Goodwill ini tiada diberi oleh negara-negara lain selain Malaysia walaupun ianya membantut kepada integrasi kaum,” jelasnya.
Beliau menambah malah kerajaan juga membiayai kewangan walaupun salah di sisi undang-undang, mengikut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Noor Abdullah.
“Maka ayat “istimewa” tidak boleh diguna tetapi goodwill atau ehsan “lebih tepat”,” katanya.
Katanya, semoga tidak akan timbul kekeliruan dan salah anggap.
“Sekarang pun dah dapat betis, peha pula dituntut,” dakwanya.
Kenyataan Ahmad Shabery Chik semalam.
Kenyataan Ahmad Shabery Chik semalam.
Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sistem pendidikan Cina di Malaysia adalah antara hak keistimewaan minoriti yang hanya wujud di Malaysia.
Katanya, hak istimewa seperti ini tidak wujud di Amerika, Australia, Thailand, Indonesia malah Singapura.
“Kalau kita mahu hak keistimewaan ini tidak dipertikaikan, jangan pula ada orang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu,” katanya dalam posting Facebooknya.
Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata kalau ada pula orang Melayu sendiri pertikaikan hak istimewa orang Melayu dia mesti pertikaikan juga hak istimewa bukan Melayu tadi.
“Baru dilihat adil. Malaysia akan terus aman kalau masing-masing menjaga sensitiviti mereka yang di sekelilingnya,” katanya lagi merujuk kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK Teluk Intan yang mempertikai penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.
Calon DAP itu menentang calon BN, Datuk Mah Siew Keong pada 31 Mei ini.
0 comments: