Ucapan Penuh Menteri Pertanian dan Asas Tani Dato Seri Ismail Sabri.
Pelbagai kebebasan telah disuarakan, ini adalah isu yang kita perlu hadapi pada masa kini. Kebebasan bersuara dll. Ya, kita mahukan kebebasan bersuara, tapi adakah kita mahu korbankan keamanan negara kita dengan penyebaran fitnah2 dan unsur2 negatif.
Sebab itulah, beberapa akta masih perlu dikekalkan untuk menyekat perkara2 yang boleh menggugat keamanan negara. Akta hasutan misalnya, perlu dikekalkan.
Kita lihat pada hari ini pelbagai unsur fitnah telah tersebar. Institusi raja2 contohnya, pada zaman dahulu, inggeris pun tidak masuk campur. Tapi sekarang oleh kerana kita mahukan kebebasan bersuara, institusi raja juga telah dicemari.
Saya ucapkan tahniah kepada polis dan peguam negara kerana telah melakukan tangkapan ke atas golongan2 yang menyebarkan fitnah dan melakukan perkara2 negatif yang mempengaruhi masyarakat di negara kita.
Kumpulan2 yang cuba memporak perandakan negara dengan menggunakan agama dan bangsa perlu dibendung.
Saya dengan terbuka menyatakan sokongan saya supaya akta hasutan dan yang sewaktu dengannya dikekalkan, demi masa depan keamanan negara.
Perjuangan selepas kemerdekaan juga adalah penting. Indonesia, vietnam, myanmar.. contohnya, mencapai kemerdekaan lebih awal dari kita, tetapi kerana kegagalan kepimpinan mereka, ekonomi/politik/pelajaran jauh lebih ketinggalan daripada Malaysia.
Ini berbeza dengan negara kita. Kepimpinan negara kita mampu membawa kemajuan ekonomi dan sebagainya kepada negara.
Contohnya, kadar miskin tegar di malaysia hanyalah 1%. sebab itulah kita perlu berjuang untuk mengisi kemerdekaan, yang selalunya lebih sukar berbanding perjuangan mencapai kemerdekaan.
Kita perlu berterima kasih kepada pemimpin2 dan pejuang2 mencapai dan mengisi kemerdekaan kini, termasuk YAB PM hari ini.
Pertamanya syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama2 berkumpul di perhimpunan bulanan anjuran tekun kali ni.
Kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan, dan kita masih lagi berada dalam bulan kemerdekaan.
Suka atau tidak, kita tidak boleh pisahkan kemerdekaan dengan pejuang2 kemerdekaan, yang diketuai oleh pemimpin2 umno.
Saya tau ada di kalangan saudara mungkin berada di pihak lain. Tetapi sejarah tidak boleh dipinda. Sejarah tetap sejarah. Kita perlu berterima kasih kepada pejuang2 umno atas kemerdekaan yang kita terima.
