TUGAS BESAR DS ROHANI PASCA BAJET 2015

RM500 juta diperuntukkan  dengan pecahan 50 juta dengan sasaran 5,000 usahawan wanita muda profesional. Ini merupakan peluang keemasan kepada wanita muda professional untuk menceburi bidang keusahawanan.

Meneruskan Program Pengarah Wanita selaras dengan Pelaksanaan Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat. Seramai 125 calon wanita yang berpotensi tinggi untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bakal dilatih. Daripada tahun 2012 hingga 10 Oktober 2014, seramai 828 wanita telah dilatih di bawah program ini. Manakala seramai 160 lantikan baru wanita sebagai ahli lembaga pengarah dalam tempoh Januari 2013 hingga Oktober 2014.

Bagi golongan Ibu tunggal, program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-Kit), Inkubator Keusahawanan Wanita (I-Keunita) dan Program Teras Pembangunan Wanita. Ini membuktikan Kerajaan terus komited dalam memperkasa golongan ibu tunggal  yang merupakan salah satu rentan (vulnerable groups).

Dari segi keselamatan wanita, Rumah Perlindungan Wanita (RPW) akan dibina mengikut zon wilayah timur, utara dan tengah. Pada masa ini KPWKM mempunyai 4 rumah perlindungan wanita mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran (2 di Kuala Lumpur, 1 Kota Kinabalu Sabah, 1 Johor Bharu) menjadikan jumlah RPW sebanyak 7 menjelang tahun 2015.

TalenCorp akan mengadakan program khusus “Women Career Comeback” untuk wanita professional kembali ke pasaran buruh. Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan TalentCorp bagi memastikan kejayaan program ini yang merupakan sasaran 55% penyertaan wanita dalam pasaran kerja menjelang tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Program NBOS 1Malaysia Support for Housewives yang menitikberatkan latihan kemahiran dan galakan kepada surirumah akan diteruskan. Program dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia adalah untuk memperkasa surirumah dengan kemahiran dan kepakaran dalam pasaran yang ingin diceburi.

Peruntukan sebanyak RM30 juta diberikan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memfokus kepada usahawan wanita India.  

KELUARGA

532 barang daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat di dalam basket of goods, Indeks Harga Pengguna akan mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus bagi barangan termasuk ubat-ubatan, bahan bacaan kanak-kanak, lampin bayi.

Ulasan: Insentif ini akan memanfaatkan kebanyakan kumpulan sasar di bawah KPWKM terutamanya OKU, warga emas dan kanak-kanak. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada kebajikan rakyat terutamanya mereka yang kurang kemampuan.

Bagi Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju menambah baik kemudahan Cuti Menjaga Anak dengan meminda syarat pemberian supaya tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin berkuat kuasa 1 Januari 2015. Kemudahan ini terhad untuk tempoh satu tahun dan diperluaskan kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak kurang upaya dan anak pelihara.

Ulasan: Kemudahan ini akan menambah baik kualiti hubungan ibu dengan anak ke arah mengukuh institusi keluarga dan secara tidak langsung menyumbang ke arah kesejahteraan negara.  

Kerajaan akan meminda garis panduan pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta bagi menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak. Mulai Januari 2015, Kerajaan akan membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.  dipinda dengan membenarkan majikan buka pusat penjagaan kanak kanak melebihi tingkat 2 tertakluk kepada syarat.

Ulasan: Ini membuktikan kerajaan komited untuk mengatasi masalah kekurangan taska sekali gus terlibat secara aktif dalam usaha menambah baik pendidikan awal kanak-kanak. Tindakan ini memudahkan ibu bapa menghantar anak di taska yang berhampiran dengan tempat kerja dan lebih mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak.

Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada 8 ringgit kepada 16 ringgit.

Ulasan: Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan penghuni institusi yang merupakan golongan rentan (vulnerable group). Tindakan ini meningkatkan kualiti perkembangan dan kesihatan penghuni melalui perolehan makanan yang lebih berkhasiat dan berkualiti.

OKU

1.Kenaikan pelepasan cukai bagi setiap anak OKU daripada  RM5,000 kepada RM6,000. 
2.Kenaikan geran tahunan Majlis Kebangsaan OKU dari RM500,000 kepada RM1 juta.
3.Kenaikan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan dan ibu bapa OKU daripada RM5,000 kepada RM6,000.
4.Kenaikan Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada RM300 sebulan kepada RM350 sebulan.
5.Kenaikan bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) daripada RM150 sebulan kepada RM200 sebulan.

WARGA EMAS

Penambahan 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) menjadikan jumlah sebanyak 50 buah
2.Penambahan 5 Unit Penyayang Warga Emas (UPWE).

MASYARAKAT

Kenaikan kadar catuan makanan daripada RM8 hingga RM16 kepada 63 institusi JKM

0 comments: